HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Sukar bernafas, Elyana terus cekal lawan kanser

-

Elyana mengalami kesukaran bernafas sejak bertarung dengan penyakit kanser yang dihidapi 10 tahun lalu.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Elyana masih menjalani rawatan radioterapi bagi penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihidapinya. (Gambar Instagram)

Penyanyi dan pelakon, Elyana Emrizal, 34, masih memerlukan bantuan oksigen kerana mengalami kesukaran bernafas sejak bertarung dengan penyakit kanser dihidapinya 10 tahun lalu.

Ibu kepada dua anak itu perlu menjalani 10 sesi rawatan radioterapi untuk melawan kanser limfoma tahap empat.

Katanya, selepas lima hari menjalani rawatan itu, keadaan kesihatannya masih terkawal biarpun tubuh badan kelihatan semakin susut dan kurang bertenaga.

“Alhamdulillah, setakat ini, kesihatan saya masih lagi terkawal tetapi tetap perlu menggunakan alat bantuan pernafasan. Tambahan pula, saya juga mengalami batuk.

“Disebabkan berat semakin susut kepada 35 kilogram (kg), saya diberikan pek susu untuk disalurkan ke dalam badan selama 16 jam. Susu ini membantu untuk memberikan tenaga.

“Pada masa sama, doktor turut membekalkan ubat untuk menambah selera makan bagi memastikan berat badan bertambah. Sekarang berat semakin susu,” katanya.

Elyana sebelum ini nekad untuk menjalani rawatan radioterapi bagi membolehkannya bermain dengan anak-anak.

Katanya, dia perlu terus cekalkan hati untuk mengharungi semua sesi rawatan itu supaya dapat sembuh daripada kanser.

“Apa pun cabarannya, saya mahu cuba harungi kerana ingin sembuh dan sihat demi anak-anak. Saya ingin bermain dengan mereka dan tidak mahu terus terbaring kerana rasa lemah serta cepat penat.

“Doktor juga tahu saya memilih untuk melakukan radioterapi saja memandangkan kimoterapi akan membuatkan badan lebih sakit dan lemah,” katanya.

Penyanyi yang popular dengan lagu Kalis Rindu itu juga sering berkongsi mengenai kesihatan dirinya di akaun Instagram bagi membolehkan peminat mengikuti perkembangannya.

Meninjau ruang komen, ramai peminat, ahli keluarga serta rakan artis mendoakan kesembuhan dan memberikan semangat supaya dia terus kuat untuk menjalani rawatan kanser.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke fmtohsem@freemalaysiatoday.com

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.