![Free Malaysia Today](/_next/image/?url=https%3A%2F%2Fmedia.freemalaysiatoday.com%2Fwp-content%2Fuploads%2F2021%2F07%2F01-SYED-SADDIQ-KL-HIGH-COURT.jpg&w=3840&q=75)
Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, dua pertuduhan dijangka dibacakan terhadap bekas menteri itu membabitkan pertuduhan dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 22 Julai lalu.
SPRM hari ini turut mengedarkan jemputan liputan media memaklumkan seorang Ahli Parlimen akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, pagi esok.
Ia berikutan SPRM sudah mendapat arahan bagi meneruskan pendakwaan kes berkenaan.
Menurut sumber, beliau dijangka berdepan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).
Syed Saddiq sebelum ini dilaporkan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dua pertuduhan dan beliau mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu.
Pada 22 Julai lalu, beliau dituduh melakukan pecah amanah jenayah dengan mengeluarkan dana RM1 juta tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua pula, Syed Saddiq, dituduh secara curang menyalahgunakan wang sumbangan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018.
Bagi kedua-dua pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 405, Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram