HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Peguam maut selepas pengsan di pejabat

-

Lelaki berusia 47 tahun itu disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital pada 3.03 petang semalam.

0
Shares
Total Views: 3
Free Malaysia Today
Tangkap layar daripada video tular menunjukkan pasukan paramedik membawa mangsa ke ambulans.

PETALING JAYA:
Seorang peguam yang pengsan di sebuah firma guaman di Gala City, Kuching, Sarawak semalam, disahkan meninggal dunia kemudiannya.

Ketua Polis Daerah Kuching, Ahsmon Bajah berkata, lelaki berusia 47 tahun itu dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan ambulans selepas pengsan.

“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dirawat di HUS pada 3.03 petang,” katanya dipetik Harian Metro.

Beliau berkata, bedah siasat akan dijalankan hari ini dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Video pasukan paramedik membawa mangsa ke ambulans tular di media sosial.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.