HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

6 lembu dibaham, penternak pasang kuat radio halau ‘pak belang’

-

Penternak menyalakan unggun api dan memasang radio dengan kuat bagi mengelakkan harimau mendekati kandang lembunya.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Antara lembu peliharaan Wan Md Seri Wan Ismail yang mati diserang harimau belang. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA:
Seorang penternak kerugian kira-kira RM15,000 apabila enam lembu peliharaannya mati akibat diserang harimau belang di Kampung Perala, Tanah Merah, Kelantan.

Wan Md Seri Wan Ismail, 60, berkata dia terkejut apabila mendapati dua lembunya mati serta-merta, manakala empat lagi terpaksa disembelih kerana tidak dapat diselamatkan.

Katanya, kejadian disedari ketika dia ke kebun getah tempat semua 13 lembu itu ditambat pada 9.30 pagi semalam dan mendapati pagar kandang pecah.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, tetapi melihat seekor lembu berada dalam keadaan diam dan agak pelik.

“Saya kemudian melakukan pemerhatian lanjut sebelum ternampak dua lagi lembu sudah terbaring dan ada kesan seperti serangan haiwan dan saya pasti ia adalah harimau belang.

“Berikutan itu, saya segera menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum mereka tiba untuk membuat pemeriksaan,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya, empat lembu yang turut diserang masih hidup tetapi tidak dapat diselamatkan dan terpaksa disembelih.

Menurutnya, dia juga terpaksa memindahkan baki tujuh lembu lagi ke kandang lain sementara perangkap selesai dipasang, hari ini.

“Di kandang sementara ini, saya pasang lampu dan buat unggun api serta memasang radio dengan kuat bagi mengelakkan harimau mendekati kawasan itu.

“Saya dimaklumkan oleh Perhilitan serangan itu membabitkan sekumpulan harimau belang dipercayai tiga beranak yang merayau mencari makanan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.