
Menurut isterinya, Faridah Teh dan ahli keluarganya, khabar angin dan laporan kematian Goh adalah palsu.
“Kami faham dengan kejutan dan kebimbangan disebabkan khabar angin itu. Tolong abaikan mana-mana sumber yang menyebarkan maklumat tidak tepat ini.”
Kenyataan itu memaklumkan ahli keluarganya memohon kerjasama semua pihak membuang dan mengelakkan menyebar berita palsu, gambar tidak sesuai atau hantaran mengenai kematian Goh.
“Kami menggesa semua individu dan media untuk mengesahkan fakta yang ada sebelum menyebarkan sebarang berita.”
Menurut kenyataan itu, mereka akan memberikan maklumat terkini mengenai keadaan Goh menerusi kenyataan rasmi.
Ahli keluarga Goh berterima kasih atas sokongan dan ingatan terhadapnya serta meminta semua pihak terus mendoakan kesejahteraannya.
Penyampai berita itu dilaporkan dalam keadaan kritikal selepas diserang penyakit angin ahmar dan sedang dirawat di sebuah hospital di Petaling Jaya.
Goh atau nama Islamnya Mohd Zaman Goh memulakan kerjaya sebagai penyampai berita di 7 o’clock news, sebelum beralih ke Nightline di stesen televisyen berkenaan.
Beliau berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan turut menjadi jurulatih pengucapan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram