HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

‘Gelombang hijau’ tak jejas orang Cina Terengganu

-

Orang Cina Terengganu berpandangan selagi mana cara hidup kekal komuniti itu tidak mempunyai masalah.

0
Shares
Total Views: 1
Free Malaysia Today
Komuniti Cina Terengganu berkata perbezaan politik tidak menjejaskan persekitaran persahabatan antara mereka dengan orang Melayu. (Gambar Facebook).

KUALA TERENGGANU:
Komuniti Cina Terengganu tidak terganggu apabila Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua kerusi pada PRN bulan lalu walaupun timbul kebimbangan kesannya terhadap cara hidup mereka.

Pada 12 Ogos, Bersatu dan PAS menang semua 32 kerusi dan kembali memerintah untuk lima tahun mendatang.

“Jika mereka tidak melangkaui batas dan cuba mengubah cara hidup kami, itu tidak apa,” kata seorang pemilik restoran yang enggan didedahkan identiti.

Katanya, dominasi PAS dalam politik tempatan tidak mengubah persekitaran persahabatan antara orang Melayu dan Cina meskipun kerajaan negeri dianggap dikuasai golongan tegar Islamis.

“Di sini, orang Cina dan Melayu masih berkawan, kami tidak campur politik dengan kehidupan seharian. Kami juga saling menghormati. Contohnya, jika kami pergi ke jabatan kerajaan, kami patuh pada peraturan.

“Kerajaan sudah jelas kita tidak boleh pakai seluar pendek, masih lagi yang langgar. Itu tidak betul,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lelaki mahu dikenali sebagai Yeap, 39, berkata kekalahan terus Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Terengganu susulan ketiadaan BN di lapangan sejak lima tahun lalu.

Yeap berkata, calon BN “hanya muncul ketika pilihan raya” untuk meraih undi, berbanding lawan mereka daripada PAS yang sentiasa turun padang berkhidmat di kawasan masing-masing.

“PAS berbeza, mereka sentiasa ada apabila rakyat memerlukan bantuan. Seorang daripada wakil rakyat melantik wakil Cina untuk menyelesaikan masalah didepani komuniti ini.

“Jika kami ada isu dan maklumkan pada dia, dia akan segera selesaikan,” kata pemilik kedai kasut itu.

Seorang lelaki, yang mahu dikenali sebagai Lee, berkata kekalahan PH-BN di Terengganu disebabkan jumlah kecil komuniti Cina yang hanya mewakili 2.6% populasi.

“Sebab PH dan BN kalah kerana populasi kami (bukan Melayu) kecil sangat,” katanya.

Katanya, undi Melayu beralih daripada BN kepada PAS pada 2018 kerana komuniti Melayu menolak bekas perdana menteri, Najib Razak susulan skandal rasuahnya.

“(Pada 2018) orang Cina menyokong DAP dan orang Melayu beralih pada PAS kerana mereka tidak mahu Najib. Sejak itu ia kekal,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.