
Mereka antara 75 individu mendaftar untuk mendaki Marapi apabila gunung berapi itu tiba-tiba meletus pada petang Ahad, memuntahkan gas panas dan batu ke udara.
Ketua Polis Sumatera Barat, Suharyono berkata 52 pendaki lain diselamatkan dari destinasi popular itu.
Beliau berkata, 300 anggota daripada pelbagai agensi masih meneruskan pencarian pendaki yang mungkin tidak mendaftar.
“Daripada 75 pendaki direkodkan, 52 diselamatkan, termasuk yang mengalami kecederaan ringan dan serius. Seramai 23 orang disahkan meninggal dunia,” kata Suharyono dalam sidang akhbar.
Katanya, operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dan angka kematian mungkin meningkat.
Gunung Marapi antara gunung berapi paling aktif di Indonesia.
Kepulauan Indonesia terletak dalam Lingkaran Api Pasifik, kawasan lingkaran aktiviti seismik yang mengelilingi Lautan Pasifik.
Letusan besar terakhir gunung berapi itu pada 2018. Letusan paling dahsyat berlaku pada 1979, dengan lebih 60 orang terbunuh.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram