HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Antara dua sang pengampun

-

Jika apa yang dilakukan Joe Biden dan Donald Trump boleh dianggap ‘salah’, which is the lesser evil?

0
Shares
Total Views: 1
Mohsin Abdullah

Menurut perlembangaan Amerika Syarikat, presidennya ada kuasa memberi keampunan atau menangguh hukuman untuk kesalahan terhadap negara atau for offences against the United States. Itu ringkasnya.

Tidak perlu saya perinci peruntukan berkaitan kuasa itu, cuma menegaskan presiden dibolehkan memberi pengampunan atas kemahuan sendiri yakni on their own accord, walaupun ada peruntukan untuk presiden memberi respon ke atas permohonan yang dibuat menerusi the US Department of Justice’s Office of the Pardon Attorney. Namun pendapat dan pandangan peguam pengampunan hanya bersifat nasihat, lantas presiden boleh mengabaikan dan bertindak sendirian dalam memberi pengampunan.

Kuasa itu digunakan oleh Joe Biden pada Disember lalu, iaitu sebulan sebelum melepaskan jawatan presiden kepada Donald Trump. Biden memberi pengampunan kepada anaknya, Hunter. Hunter mengaku bersalah terhadap pertuduhan berkaitan cukai. Terdahulu dia didapati bersalah atas pertuduhan memiliki senjata api dan penggunaan dadah. Hukuman sepatutnya diumumkan pada Disember lalu.

Presiden Biden pernah berjanji tidak akan beri pengampunan kepada anaknya, tetapi berkata Hunter menjadi sasaran hanya kerana ‘dia anak saya’, lalu katanya terpaksa beri pengampunan demi melindung anaknya daripada pendakwaan bermotif politik di bawah pentadbiran Trump.

Dalam langkah yang disifatkan luar biasa, Biden turut beri pengampunan kepada beberapa rakan dan anggota keluarga bersabit pelbagai pertuduhan, hanya beberapa minit sebelum Trump mengangkat sumpah sebagai presiden AS ke-47. Trump sememangnya sebelum ini berulang kali menjanjikan ‘pembalasan’ terhadap lawan politiknya dan mengancam beberapa pihak dengan pendakwaan jenayah.

Jelas Trump kempunan. Tidak dapat melakukan apa yang beliau mahu lakukan. Lalu apa yang beliau lakukan? Beliau menandatangan perintah eksekutif sebaik menjadi presiden untuk memberi pengampunan kepada kumpulan yang didapati bersalah menyerang and merusuh di Capitol Washington pada 6 Januari 2021. Lebih 1,500 banduan mendapat ‘rahmat’ sang pengampun. Mereka termasuk anggota kumpulan ketuanan kulit putih seperti Proud Boys.

Mereka merusuh dan memasuki Kongres, dikatakan mahu memaksa keputusan pemilihan presiden pada November 2020 dibatalkan. Trump yang kalah pemilihan dakwa berlaku penipuan. Jelas kumpulan yang menyerang Capitol mahu menghalang Biden menjadi presiden, sebaliknya mahu Trump diangkat walaupun tewas. Tindakan mereka dilihat sebagai percubaan merampas kuasa.

Semasa merusuh di Capitol, ribuan penyokong Trump melakukan kerosakan dan mencederakan anggota polis. Lantas mereka digelar ‘cop beater’. Apabila Trump mengampuni mereka ramai anggota polis kecewa seperti yang diluahkan apabila ditemuramah oleh CNN.

Hakikatnya kekecewaan mereka boleh difahami kerana setelah mereka mempertahankan undang-undang dan mengawal simbol demokrasi AS, mereka diserang dan kini kumpulan yang menyerang diberi pengampunan oleh presiden. Kesimpulannya mereka rasa segala pengorbanan sia-sia dan tidak dihargai.

Tindakan Trump tidaklah memeranjatkan kerana kumpulan yang diampuni ialah penyokong yang sanggup berkorban untuk beliau. Beberapa pengulas politik yang muncul di CNN menyifatkan tindakan Trump bagai mengizinkan keganasan politik.

Seperkara menarik ialah seorang wanita berusia 71 tahun bernama Pamela Hemphill yang dipenjarakan setelah mengaku bersalah menyerbu Capitol enggan menerima pengampuan yang ditawarkan Trump. Hemphill yang dikenali sebagai ‘MAGA Granny’ dipetik berkata “accepting the pardon would be an insult to the Capitol police officers, to the rule of law, to our nation. I pleaded guilty because I was guilty“.

Apa pun jika apa yang dilakukan Biden (yang mengampunkan anak, kawan-kawan dan anggota keluarga) dan Trump (yang mengampunkan perusuh yang menyokongnya) boleh dianggap ‘salah’ (sekadar menggunakan istilah lembut), which is the lesser evil?

Ada satu lagi aspek yang ingin saya katakan. Ia membabitkan soal tuhan dan gereja. Memang menjadi tradisi presiden AS menghadiri prayer service di gereja sebagai sebahagian upacara menandakan pelantikan, lalu Trump bersama isteri dan anak-anak serta menantu hadir di Washington National Cathedral. Naib Presiden JD Vance dan keluarga turut hadir.

Upacara dikendalikan Bishop Mariann Edgar Budde dan semasa menyampaikan khutbah selama 15 minit, paderi itu memetik kata-kata Trump sendiri yang percaya Tuhan telah mnyelamatkan beliau daripada percubaan membunuhnya. Tentu kita masih ingat 15 September tahun lalu Trump ditembak oleh seorang pemuda berusia 20 tahun. Peluru terkena telinganya.

Lantas Budde beritahu Trump, “in the name of God I ask you to have mercy upon the people in our country who are scared now“, merujuk kepada golongan LGBTQ. Imbau kembali. Setelah angkat sumpah Trump menegaskan pentadbirannya hanya mengiktiraf gender lelaki dan wanita. Pendirian berbeza berbanding Biden dan juga Barack Obama semasa menjadi presiden dulu, sekali gus dasar Tump menafikan hak golongan LGBTQ.

Budde juga membela pekerja pendatang di AS yang “mungkin tidak ada dokumen sah tetapi majoriti mereka bukan penjenayah”. Sebaliknya, kata Budde, mereka jiran yang baik yang bekerja keras untuk menyara hidup. Ini jelas merujuk dasar anti imigran Trump.

Pada hemat saya Budde beritahu Trump in the face dan depan keluarganya jika kamu percaya Tuhan menyelamatkan kamu ‘for a purpose‘ (ini antara mantera kegemaran Trump) maka bersyukurlah dan sila tunjuk sifat belas kasihan kepada orang yang dalam ketakutan sekarang. Kerana orang itu semua are fearing for their lives, kata Budde.

Apa rekasi Trump? Sekembalinya ke White House dari gereja, Trump berkata prayer service itu tidak bagus. Seharusnya boleh buat lebih baik. Beberapa jam kemudian beliau buat posting di media sosial mengenai ‘the so-called Bishop‘ yang ‘radical left hard line Trump hater‘. Sekarang Trump mahu Budde dan gerejanya memohon maaf kepada orang ramai. The public, kata Trump. Ertinya seluruh seluruh rakyat AS.

Saya tidak tahu bagaimana mahu mengakhiri penulisan ini selain dengan apa yang sering dilaungkan warga AS — USA! USA! USA!

 

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili FMT.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.