HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Pemuda Umno tekad berjuang untuk Najib, kata anak

Nizar Najib berkata ketua Pemuda Umno beri jaminan sayapn itu akan berjuang untuk bapanya.

0
Shares
Total Views: 11
Free Malaysia Today
Nizar Najib berkata keluarganya yakin Umno masih memperjuangkan pembebasan Najib Razak.

KUALA LUMPUR:
Anak bekas perdana menteri terharu dengan tekad Pemuda Umno bahawa ia akan berterusan memperjuangkan pembebasan bapanya, Najib Razak.

Nizar petang tadi tampil mewakili bapanya bagi menerima Anugerah Tokoh Pemuda Umno, sempena Perhimpunan Agung Umno bagi sayap parti itu.

“Semasa memberi anugerah itu Ketua Pemuda Akmal Salleh beritahu saya, ‘jangan risau, kita akan berjuang untuk Najib’,” katanya pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Nizar berkata keluarga Najib yakin Umno masih memperjuangkan pembebasan bapanya.

“Keluarga saya tidak mahu momentum itu menjadi perlahan ataupun dihentikan,” katanya.

Menurut Nizar, kesetiaan bapanya pada Umno masih lagi kuat dan beliau menyeru para penyokong agar terus bersabar dan tidak berputus asa.

“Saya berdoa, dengan rendah diri, berharap Umno dapat meneruskan segala usaha untuk membebaskan dan memperjuangkan ayahanda saya,” katanya.

Awal hari ini Dewan Tun Razak gempita dengan laungan “Bos ku” apabila Najib diumum sebagai penerima Anugerah Tokoh Pemuda 2023.

Ia sebagai tanda penghargaan kepada dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang diperkenalkan Najib ketika menjadi perdana menteri.

Perwakilan turut disajikan dengan tayangan video pendek sejarah Najib sepanjang berkecimpung dalam dunia politik.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun berserta denda RM210 juta, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas beliau berhubung penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.