HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Selepas setahun, polis akan pulang telefon bimbit Fahmi Reza

-

Pereka grafik itu berkata, beliau mempunyai janji temu dengan polis di Bukit Aman petang ini.

0
Shares
Total Views: 2
Free Malaysia Today
Fahmi Reza berkata, masih terdapat 10 kes aktif membabitkannya yang sedang disiasat oleh polis.

PETALING JAYA:
Pereka grafik Fahmi Reza berkata, polis telah memaklumkan kepadanya bahawa telefon bimbitnya yang dirampas untuk siasatan akan dipulangkan.

Fahmi, yang juga seorang aktivis berkata, beliau mempunyai “janji temu” dengan polis di Bukit Aman pada petang ini.

“Bukan pasal grafik satira. Polis beritahu mereka nak pulangkan telefon bimbit aku yang mereka rampas tahun lepas,” katanya di Twitter.

Bagaimanapun, katanya, masih terdapat 10 kes aktif membabitkannya yang sedang disiasat oleh polis.

Fahmi memberitahu FMT, beliau tidak tahu telefon bimbitnya yang mana akan dipulangkan kerana beberapa buah dirampas sebelum ini.

“Sama ada telefon yang dirampas untuk bantu siasatan lukisan satira beruk pakai tengkolok, atau poster satira jata negeri,” katanya.

Pada Januari tahun lepas, Fahmi disoal siasat oleh polis berhubung poster satira jata sebuah negeri, menggambarkan sebatang pokok dan dua bilah kapak, serta tertera perkataan “House of Balak”.

April lepas, beliau ditahan berhubung imej grafik satiranya yang menunjukkan seekor beruk memakai tengkolok dan berkeris seperti bangsawan.

Polis merampas telefon bimbit dan kad SIM milik Fahmi bagi tujuan siasatan mengikut Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pereka grafik dan aktivis itu berulang kali dipanggil polis tahun lepas disebabkan pelbagai imej grafik rekaannya yang dimuat naik ke dalam talian.

Beliau juga pernah ditahan berhubung karikatur konsep “Keluarga Malaysia”, yang diperkenalkan bekas perdana menteri Ismail Sabri Yaakob, namun kemudian dibebaskan dengan jaminan polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.