A A
Friday, September 3rd, 2010

Archive | Dalam Negeri

Kes Sivakumar cabar keputusan SPR didengari 23 November

Friday, September 3, 2010

0 Comments

b53c3_sivakumar5 KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 23 November ini untuk mendengar permohonan bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar dan enam lagi untuk semakan kehakiman berhubung keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tidak mengadakan pilihan raya kecil bagi tiga kerusi DUN di Perak.

Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Aziah Ali.

Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Tinggi Mohamad Izwan Mohamed Noh menetapkan tarikh itu di dalam kamar hari ini selepas mengadakan pertemuan dengan peguam Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Sivakumar dan enam yang lain dan Peguam Kanan Persekutuan Munahyza Mustafa yang mewakili SPR dan tiga responden lain.

Pemilihan PKR Kedah: Banyak muka baru cuba nasib

Friday, September 3, 2010

0 Comments

ahmad kasimOleh Qayum Rahman

PETALING JAYA: Pemilihan calon PKR peringkat Cabang di Kedah menyaksikan banyak muka baru yang akan tampil mencuba nasib dalam merebut kerusi Ketua Cabang mahupun Timbalan Ketua Cabang.

Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim berkata, sebanyak 15 cabang terlibat dalam  pemilihan calon kali ini dan mungkin juga sesetengah cabang tidak akan dicabar.

Isu surat sokongan: DAP pecat dua ahli

Friday, September 3, 2010

0 Comments

tan_7 Oleh Rahmah Ghazali

PETALING JAYA: Jawatankuasaa Disiplin DAP hari ini memecat dua ahli parti, yang mempunyai hubungan dengan ahli exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu, kerana melanggar disiplin dengan mengeluarkan dua surat sokongan kepada sebuah syarikat milik mereka sendiri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa itu Tan Kok Wai, kedua-dua Yap Hock Siew dan Ong Chai Huat dipecat untuk tempuh dua tahun, sementara menunggu rayuan dalam masa 14 hari.

Jahabar nafi ada hubungan dengan Bendera

Friday, September 3, 2010

0 Comments

jahabar Oleh Fazy Sahir

PETALING JAYA: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) portal berita "The Malaysian Insider", Jahabar Sadiq menafikan sebarang hubungan dengan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) mahupun pemimpin-pemimpin kanan kumpulan tersebut seperti didakwa Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim dalam akhbar Utusan Malaysia hari ini.

Berikutan itu, Jahabar berkata beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut mahupun Zahrain kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap dirinya itu.

Kelana Jaya: Semua jawatan satu lawan satu

Friday, September 3, 2010

0 Comments

1 syed shahir_250_220 Oleh Muda Mohd Noor

PETALING JAYA: Sebuah lagi cabang (bahagian) PKR yang menjadi tumpuan di Selangor ialah Kelana Jaya yang kini dipimpin oleh Presiden MTUC, Syed Shahir Mohamad.

Menjelang pemilihan 2 Oktober depan, cabang Kelana Jaya kini sudah terbelah dua – satu kem Syed Shahir dan satu lagi pencabarnya Abdul Razak Jalil.

Kes PKFZ: Liong Sik mohon kes ke Mahkamah Tinggi

Friday, September 3, 2010

0 Comments

2907ling PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr. Ling Liong Sik yang dituduh menipu kerajaan berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) melibatkan pembelian tanah bernilai RM1.08 bilion, hari ini memohon agar kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Selain itu, beliau juga memohon untuk mendapatkan tiga dokumen bawah Akta Rahsia Rasmi.

Tafsiran rakyat tentang 1Malaysia berbeza – Dr Mahathir

Friday, September 3, 2010

0 Comments

mahathir_wideweb__470x3060 ALOR SETAR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyokong gagasan 1Malaysia tetapi mendapati rakyat di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza tentang konsep itu.

Beliau berkata keadaan akan menjadi sukar jika setiap bangsa di negara ini mempunyai tafsiran yang berbeza mengenai konsep 1Malaysia.

"Saya bercakap dengan orang Cina, orang Melayu pendapat mereka berbeza-beza, tafsiran berbeza, payahlah kalau tafsiran berbeza-beza. Sebab itu kena jelas," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Pering, Kodiang dekat sini, malam tadi.

Projek e-Book: Terengganu bazir hampir RM90 juta

Friday, September 3, 2010

0 Comments

DSC_6212 KUALA TERENGGANU: Setelah beberapa bulan berlalu, Menteri Besar Terengganu Ahmad Said kembali mendapat liputan media online sejak akhir-akhir ini ekoran perbelanjaan yang tinggi melibatkan pembelian e-Book untuk kanak-kanak sekolah rendah.

"Kerajaan negeri memperuntukan RM30 juta untuk membeli e-book untuk 25,000 pelajar tetapi secara tiba-tiba jumlahnya telah meningkat menjadi RM87.95 juta, hampir tiga kali ganda," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk Dr Syed Azman Syed Ahmad.

Rayuan KDN berhubung kes Raja Petra ditangguh

Friday, September 3, 2010

0 Comments

Mahkamah Putra Jaya PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menangguhkan rayuan oleh Kementerian Dalam Negeri terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan penulis blog Raja Petra Kamarudin yang ditahan selama dua tahun dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian.

Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah memberitahu tiga panel hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria, bahawa pihak pendakwaan masih belum menyerahkan notis rayuan kepada Raja Petra, menyebabkan beliau tidak hadir semalam.

Masa Depan Kuala Lumpur

Friday, September 3, 2010

0 Comments

a zaid LAPORAN KHAS

Oleh Stephanie Sta Maria

Masuk dua bulan sebagai Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Dato’ Zaid Ibrahim kini bersedia mengadakan sesi dailog dengan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Raja Nong Chik Zainal Abidin.

Setakat ini jemputan beliau untuk berdailog belum disambut oleh Raja Nong Chik.  Sekiranya beliau bersetuju kata Zaid, banyak isu-isu di Kuala Lumpur yang ditimbulkan oleh ahli-ahli parlimen boleh mencapai resolusi dan penyelesaian.

Follow Us On …