A A
Sunday, August 1st, 2010

SPRM MINTA BANTUAN KEADILAN

Fri, Dec 4, 2009

Dalam Negeri

PKR Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta bantuan Ketua AMK Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) Shamsul Iskandar Mohd Akin (gambar,kiri) untuk mencari penyiasat persendirian P Balasubramaniam dan membawanya ke pejabat suruhanjaya itu.

Shamsul dipanggil untuk disoal siasat oleh SPRM hari ini selepas beliau membuat laporan mengenai dakwaan cuba menutup kes hubungan sulit di antara Perdana Menteri Najib Abdul Razak dengan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Perkara ini didedahkan oleh Shamsul yang berkata, SPRM meminta beliau berbuat demikian secepat mungkin.

Berucap kepada media selepas dua jam disoal siasat oleh para pegawai SPRM, Shamsul menafikan konon laporannya kepada SPRM mengandungi motif politik dan berkata beliau tidak berhubung dengan Bala tetapi boleh menyampaikan maklumat menerusi peguam
Bala.

Beliau berkata, “ini bukan niat jahat tetapi bertujuan untuk kebaikan negara dan supaya Najib disiasat.  Saya akan membawa kes ini ke pejabat Peguam Negara.”

Adalah difahamkan para pegawai SPRM telah menonton semua rakaman video yang diserahkan semalam dan akan melakukan siasatan selepas membuat rakaman kenyataan Shamsul pagi ini.

Shamsul berharap SPRM akan mengambil tindakan terhadap mereka yang disebut dalam rakaman video itu termasuk pengusaha karpet, Deepak Jaikishan dan adik Najib, Datuk Nazim Abdul Razak.

Beliau juga mengajak Najib untuk tampil bagi membersihkan namanya secara muktamad.

“Siasatan awam hendaklah dilakukan supaya orang ramai memahami kedudukan sebenar perkara ini,” katanya.

Balik Pulau MP Yusmadi Yusoff Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff(gambar, kiri), yang mengiringi Shamsul memberitahu media bahawa kes ini menarik minat awam di peringkat nasional, umpama ‘bicara 1Malaysia’.

Yusof menerangkan bahawa tidak ada unsur berat sebelah dari segi ras tetapi semata-mata untuk memerangi rasuah dan jenayah.

Semalam, Shamsul bersama sekumpulan pemuda Pakatan Rakyat telah menyerahkan rakaman CD wawancara Bala yang dipos dalam media online dan blog serta dihantar kepada SPRM.

Dengan dihadiri oleh para peguam yang ternama bulan lalu, Bala membuat berbagai dakwaan mengaitkan Najib dan isterinya Rosmah Mansor dalam percubaan menutup kes Altantuya.

Di antara dakwaan Bala ialah beliau ditawarkan wang sebanyak RM5 juta oleh Nazim dan Deepak supaya menarik balik perakuan bersumpah yang pertama.

Dalam perakuan bersumpah itu, Bala mendakwa Najib mempunyai hubungan rapat dengan Altantuya, wanita yang dibunuh dengan kejam itu.

Leave a Reply

Follow Us On …