Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS), berkata Khairy sepatutnya membela nasib belia dan bukannya memberi kenyataan seperti itu.
“Jangan hina golongan belia. Kalau suka sangat pekerja asing, jangan minta belia gantung bendera masa pilihan raya sahaja.
“Suruh perkerja asing ke pekerja Bangladesh gantung bendera parti,” kata Presidennya, Mohd Ridzuan Abdullah dalam satu sidang media di Hotel Sani, Jalan Putra.
Ridzuan mengulas kenyataan Zahid Hamidi mengenai kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia.
Terdahulu, Khairy Jamaludin berkata, keperluan mengambil pekerja Bangladesh adalah terhad kepada sektor pembinaan, perladangan dan perkhidmatan yang tidak menerima permintaan daripada belia tempatan.
Katanya, perkara tersebut kerana belia tempatan amat memilih pekerjaan.
Zahid Hamidi pula menegaskan, kemasukan 1.5 juta pekerja Bangladesh ke Malaysia tidak akan menutup peluang pekerjaan rakyat sebaliknya untuk memenuhi kekosongan di sektor pekerjaan yang tidak diminati oleh rakyat tempatan.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram