Katanya, Jamal tidak layak mendakwa mengetuai NGO UMNO membuat himpunan Jumaat lalu kerana beliau hanyalah seorang Ketua UMNo Bahagian.
“Himpunan itu atas kapasiti beliau sebagai ketua bahagian bukan mewakili NGO pro-UMNO.
Ali Tinju yang juga Ketua Gerakan Merah berkata, perbuatan Jamal dan kumpulan NGO pro-UMNO itu tidak berfaedah dan membuang masa.
“Kami Gerakan Merah yang disahkan pertubuhan membersih nama Melayu Malaysia tidak akan membuat kerja-kerja tidak berfaedah seperti yang dilakukan Jamal.
“Kami ada cara kami untuk menyuarakan pandangan, jika keterlaluan barulah kami akan membuat bantahan di hadapan pejabat Perdana Menteri supaya Perdana Menteri arahkan jawatankuasa yang menjaga Yayasan Kepimpinan Perdana untuk Tun Mahathir mengosongkan yayasan itu.
“Tun Mahathir adalah macai dan barua DAP untuk menjatuhkan kuasa Presiden parti dan Perdana Menteri. Tun seolah-olah ingin membunuh Perdana Menteri, kuasa Datuk Seri Najib, sedangkan Datuk Najib tidak pernah berdendam dengan Tun Mahathir,” katanya kepada FMT.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram