HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Seteru mahu beli banglo Guan Eng

-

Bekas calon Parlimen Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohammad Zan mahu membeli banglo milik Lim Guan Eng pada harga RM2.8 juta kerana dirinya “bukan penjawat awam”.

0
Shares
Total Views: 1

abu-bakar

GEORGE TOWN:
Bekas calon pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohammad Zan mahu membeli banglo milik Ketua Menteri Lim Guan Eng yang terletak di Jalan Pinhorn pada harga RM2.8 juta.

Backer, yang mempunyai cek bernilai RM56,000 sebagai bayaran muka berhasrat untuk menyerahkan sendiri surat dan cek kepada Guan Eng di Masjid Kampung Baru tetapi terlepas peluang itu.

Guan Eng sebelum itu menganjurkan majlis berbuka puasa untuk warga Air Putih.

“Saya mahu beli banglo ketua menteri kesayangan saya pada harga RM2.8 juta. Saya boleh beli hartanah bawah harga pasaran kerana saya bukan seorang penjawat awam.

“Ya, saya ada terdengar mengenai ‘fengshui’ yang tidak baik, tapi itu tidak penting, kerana saya boleh jual semula banglo itu pada harga lebih tinggi.

“Seandainya beliau sudi jual pada saya, saya gembira, jika tidak, tak apa,” kata peguam dan pengimport buah kurma itu kepada pemberita.

Backer menyerahkan surat daripada sebuah firma undang-undang menyatakan hasrat membeli banglo itu, berserta cek bayaran muka 2% kepada “Lim Guan Eng”.

Dokumen diterima oleh pegawai khas Guan Eng, Marziah Mohd Mukhtar.

Isu banglo Guan Eng yang dibeli pada harga RM2.8 juta dibangkitkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya di Parlimen, kerana menurutnya dibeli dibawah harga pasaran.

Guan Eng menafikan sebarang salahlaku dan berkata harga itu dipersetujui atas dasar ‘willing buyer willing seller’.

Backer mungkin tidak dikenali ramai namun beliau sangat terkenal dalam kalangan pengamal media di Pulau Pinang kerana berbaring di hadapan kereta Mercedes Benz milik Guan Eng di luar Dewan Undangan Negeri pada 2014.

Backer pada waktu kejadian sedang menunggu Guan Eng untuk berbincang mengenai suatu isu masyarakat. Bagaimanapun beliau gagal mendapatkan temujanji lalu cuba menghalang kenderaan pemimpin besar DAP itu.

Backer kemudian terjun di hadapan kereta Guan Eng. Menurutnya beliau pengsan pada masa itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.