
Beliau menyifatkan persempadanan semula itu sebagai “gerimander terburuk antara lima persempadanan semula” dalam sejarah Malaysia.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata kuota kerusi Parlimen untuk Tanah Melayu adalah 68,814, purata jumlah pengundi setiap kawasan Parlimen.
Tetapi, terdapat 13 kerusi Parlimen saiz “super” yang mempunyai lebih 100,000 pengundi.
13 kerusi saiz “super” itu adalah: Damansara 150,439; Bangi 146,168; Klang 141,275; Petaling Jaya 129,363; Subang 128,330; Gelang Patah 112,081; Kota Raja 121,126; Pasir Gudang 108,156; Kota Melaka 105,067; Kuala Terengganu 101,875; Sungai Petani 101,829; Tumpat 101,318; dan Kapar 100,456.
Ahli Parlimen Gelang Patah berkata SPR bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat mengapa persempadanan semula kali ini “lagi tidak adil dan tidak demokratik” dengan mengabaikan prinsip satu pengundi, satu undi, satu nilai.
Katanya Damansara (dahulunya Petaling Jaya Utara, kerusi Ahli Parlimen Tony Pua) bertukar menjadi kawasan pilihan raya terbesar dengan jumlah pengundi 150,439 iaitu dua kali ganda kuota 68,814 untuk kerusi Parlimen.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram