
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata Parlimen merupakan tempat paling sesuai untuk membincangkan isu yang begitu besar dan penting kepada negara.
“Saya rasa isu melibatkan negara ini sepatutnya diberi keizinan untuk dibahaskan di Parlimen. Mana lagi rakyat nak bawa isu sebesar ini selain Parlimen?
“Saya rasa (tindakan speaker) itu sudah menyalahi kebebasan Parlimen. Saya sangar kesal dengan tindakan speaker yang tidak demokratik,” katanya kepada FMT.
Hari ini, speaker Dewan Rakyat melarang sidang Parlimen berdebat mengenai saman sivil DoJ terhadap 1MDB.
Pandikar berkata, keputusan itu adalah untuk mengelakkan keadaan di mana terdapat menteri dilihat mengambil alih peranan speaker.
Pandikar merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi Parlimen, Datuk Seri Azalina Othman Said, yang enggan menjawab soalan mengenai 1MDB.
Beliau menyatakan ia boleh menjadi “sub judice” walaupun sebelum speaker berkata demikian.
Situasi itu mendorong Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) mempersoalkan alasan bagi melabelkan kes itu sebagai “sub judice” kerana tiada siapa yang membaca kandungan laporan DoJ itu.
Pautan:
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram