HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Ludah tangan saya dulu, Khairuddin cabar Jamal

-

Bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan berkata tindakan Datuk Jamal Yunos yang mahu meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad menyebabkan bangsa Melayu nampak “haprak”.

0
Shares
Total Views: 1
khairuddin-abu-hassan_jamal_600

PETALING JAYA :
Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Jamal Yunos meludah tangannya terlebih dulu sebelum meludah tangan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas pemimpin Umno itu berkata tindakan ketua gerakan Baju Merah yang mahu meludah tangan bekas perdana menteri itu mengaibkan, memalukan dan menyebabkan bangsa Melayu nampak “haprak”.

“Saya tidak pernah kurang ajar dengan mengatakan mahu meludah muka atau tangan (Datuk Seri) Najib Razak. Ini budaya samseng dan haprak Jamal Yunos yang keseluruhan bangsa Melayu tidak boleh terima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, Khairuddin memuji tindakan Jamal itu kerana ia akan membuatkan rakyat negara ini lebih membenci Umno dan BN dan bakal terkubur selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

Terdahulu, Jamal yang juga ketua Umno Bahagian Sungai Besar dilaporkan meluahkan rasa kesalnya kerana bersalaman dengan Dr Mahathir dan mencium tangan bekas perdana menteri itu sebelum ini.

Jamal berkata tingkah laku Dr Mahathir tidak wajar bagi seorang negarawan yang sudah berusia dan akan meludah tangan beliau jika bertemu dengannya sekarang, menurut Malaysiakini.

Katanya, parti baharu Dr Mahathir, Parti Pribumi Bersatu Malaysia juga tidak akan mampu mengumpul sokongan Melayu untuk pembangkang dan mengadakan himpunan jalanan Bersih 5 di Kuala Lumpur pada 19 November depan.

Jamal kesal cium tangan Dr Mahathir

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.