
Menurut ahli politik veteran DAP itu, Harith bernasib baik kerana terselamat daripada ancaman ahli politik terhadap kerjaya sebagai pelawak solo yang terpaksa bersaing dengan ahli politik “kenyataan komedi dan tindakan badut” mereka.
“Saya pernah memberi kenyataan pada Disember lalu yang tidak lama lagi pelawak seperti Harith perlu berhenti bekerja kerana menteri dan timbalan menteri seperti (Datuk) Ahmad Maslan, (Datuk) Abdul Rahman Dahlan, (Datuk) Paul Low dan juga PM (Datuk Seri) Najib Razak akan mengambil alih tugas mereka.
“Nasib baik, pelawak seperti Harith dan Dr Jason Leong berjaya membuktikan mempunyai daya tahan yang kuat dan terselamat daripada ‘ancaman’ para ‘pelawak solo’ dari Parlimen dan arena politik,” kata Lim.
Dalam nada lebih serius, Lim berkata Harith mempunyai peluang baik untuk memenangi perlawanan akhir walaupun berhadapan cabaran sengit daripada Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India), David Kilimnick (Israel) dan Alex Calleja (Filipina).
“Biar semua rakyat Malaysia mengenepikan perbezaan mereka bagi menyokong kejayaan bertaraf dunia Harith Iskander di Helsinki pada jam 8 malam ini (2.00 pagi, Jumaat di Malaysia)!”
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram