HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Usul Hadi: Anak bekas TPM serah saman kepada Pandikar

-

Tawfik Ismail mengingatkan Pandikar perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat boleh bertukar subjudis apabila kes dibawa ke mahkamah.

0
Shares
Total Views: 1
parliment
KUALA LUMPUR: Anak bekas timbalan perdana menteri Tun Dr Ismail Abdul Rahman sendiri tampil ke Dewan Rakyat hari ini untuk menyerahkan notis dan saman pemula kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia tetapi dihalang masuk pengawal keselamatan.

Pandikar dinamakan sebagai defendan dalam usaha Mohamed Tawfik mendapatkan mahkamah mengisytiharkan 10 deklarasi dan perintah menghalang pembentangan usul Hadi, yang mahu meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Dalam notis itu, Tawfik meminta Pandikar supaya menggugurkan rang undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 daripada senarai usul yang akan dibentangkan nanti.

“Kami berharap agar Tan Sri (Pandikar) dan Setiausaha Dewan Rakyat dapat mengeluarkan usul Hadi dari senarai usul-usul untuk dibentangkan dan dibahaskan pada esok,” kata notis daripada Tetuan Mansoor Saat, Siti Kasim & Associates.

Usul Hadi kini berada pada kedudukan ke-13 dalam aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat. Tawfik memfailkan saman pada Jumaat. Notis hari ini diserahkan dan diterima pegawai khas Pandikar.

Tawfik mengingatkan Pandikar perbahasan RUU 355 dalam Dewan Rakyat boleh bertukar subjudis apabila kes dibawa ke mahkamah.

“Kami ingin menarik perhatian Tan Sri kepada keputusan-keputusan terdahulu Tan Sri berkenaan ‘subjudice’ dan tindakan kami ini juga tertakluk kepada prinsip ‘subjudice’,” kata notis itu.

Selain Pandikar, Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah dinamakan dalam saman tersebut, yang mahu usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diisytiharkan tidak berperlembagaan dan melanggar prosedur Parlimen.

Ditemui pemberita di perkarangan Parlimen, Tawfik menjelaskan RUU 355 sebenarnya masih tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja Melayu.

Salinan notis hari ini turut dihantarkan kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad.

“Peraturan mesyuarat menetapkan bahawa mana-mana akta yang ingin dibentangkan di Dewan Rakyat yang berkaitan agama perlu mendapat keluluskan Majlis Raja-Raja Melayu,” katanya.

“Sehingga kini, tidak ada mana-mana petunjuk yang menyatakan Majlis Raja-Raja Melayu bersetuju untuk RUU 355 ini dipinda,” tambahnya.

Usul Hadi mahu meninggatkan hukuman maksimum kesalahan syariah daripada penjara 3 tahun kepada 30 tahun, denda RM5,000 kepada RM100,000 dan 6 sebatan rotan kepada 100 sebatan.

Usul kekal menjadi usul peribadi presiden PAS selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lepas mengumumkan kerajaan tidak akan membentangkan ia sebagai rang undang-undang kerajaan, atas dasar konsensus dalam Barisan Nasional.

Sidang mesyuarat pertama Dewan Rakyat bagi penggal ke-5 Parlimen yang ke-13 akan berakhir Khamis.

Former Umno MP files suit against Hadi’s Bill

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.