
“Kalau benar pemimpin kita terima duit dari Umno, perwakilan Pemuda paling awal akan keluarkan mereka dari barisan pimpinan kerana kita mengharamkan mereka memerangi agama Allah dan harta mereka untuk membantu perjuangan,” katanya ketika membahas ucaptama ketua Pemudanya pada muktamar sayap itu di Kompleks PAS Kedah, hari ini.
Beliau yang menolak sekeras-kerasnya dakwaan pemimpin parti itu menerima dana daripada Umno, termasuk tuduhan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mengaitkan dana 1MDB dengan partinya, yakin tiada pemimpin PAS yang menerima dana daripada Umno.
“Daripada kalangan pemimpin kita, kita boleh lihat ada kereta yang button air cond (penyaman udara) tercabut, mana mungkin pimpinan kita nak terima duit dari Umno,” katanya menjawab dakwaan Rafizi yang bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa pernah menerima dana berkaitan 1MDB.
Dalam akuan bersumpah yang ditandatanganinya pada 13 April lalu, Rafizi berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh seorang bekas pegawai “paling kanan” dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terlibat dalam siasatan dakwaan salah guna dana 1MDB.
Rafizi turut mendakwa Ahli Parlimen Kuala Nerus dari PAS, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, pernah menemui bekas pegawai SPRM itu untuk mendapatkan kesahihan mengenai dakwaan pemindahan dana 1MDB.
“PKR (Rafizi) berterusan menyerang (PAS) seperti aliran 1MDB kepada pihak PAS dengan menamakan Nasharudin yang tidak ada kaitan dengan PAS, apatah lagi menerima duit dari Umno,” tambah Sukri.
Rafizi: Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin terima wang 1MDB
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram