HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Mursyidul Am PAS tak tolak kemungkinan tahaluf siyasi dengan Umno

-

Hashim berkata, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam rundingan, namun meletakkan syarat kerjasama berkenaan kelak mesti dipimpin oleh Islam.

0
Shares
Total Views: 1
hashim-jasin-pas-umno
PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin tidak menolak kemungkinan untuk partinya akan menjalin tahaluf siyasi dengan Umno pada masa akan datang.

Hashim berkata, PAS sentiasa bersikap terbuka dalam rundingan namun meletakkan syarat kerjasama berkenaan kelak mesti dipimpin oleh Islam.

“Kita bersedia bertahaluf siyasi bukan sahaja dengan Umno tetapi dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain termasuk Parti Cinta Malaysia (PCM) yang telah menunjukkan minat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pilihan Raya PAS Kepala Batas di Kepala Batas hari ini.

Minggu lalu PAS mengesahkan pihaknya menamatkan kerjasama politik dengan PKR. Dua tahun lalu, parti itu mengambil langkah yang sama membabitkan DAP.

Semalam, Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan Umno dan PAS boleh mengulangi kerjasama politik yang pernah disaksikan lebih empat dekad lalu bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Setakat ini kedua-dua parti itu hanya menjalin kerjasama bukan politik membabitkan aspek berkaitan dengan agama.

Melihat kepada kecenderungan pemimpin kedua-dua Umno dan PAS, Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata, menerusi ucapan dan ulasan mereka, ia mirip kepada kerjasama terutamanya dalam hal berkaitan agama.

“Atas dasar kerajaan, ada sesetengah perkara disokong PAS. Jadi, apa salahnya kalau diwujudkan kerjasama di medan politik seperti PRU sekiranya ia tidak merugikan kedua-dua pihak,” kata beliau.

Bagaimanapun, pemimpin yang popular dengan panggilan Ku Li berkata, isunya adalah sama ada kerjasama politik boleh diterima atau sebaliknya.

Ku Li: Tidak salah jika Umno, PAS bentuk kerjasama hadapi PRU

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.