HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Jho Low lakukan 4 kesalahan mengikut undang-undang negara, kata bekas hakim

-

Gopal Sri Ram tidak bersetuju ahli perniagaan itu tidak menyalahi undang-undang negara.

0
Shares
Total Views: 1
gopal-sri-ram-jho-low-1mdb
PETALING JAYA: Low Taek Jho, yang dikaitkan dengan 1MDB, sudah melakukan sekurang-kurangnya 4 kesalahan di bawah Kanun Keseksaan, kata seorang bekas hakim.

“Berdasarkan fakta tidak seberapa daripada dokumen yang didedahkan di ruang awam, jelas beliau sudah melakukan sekurang-kurangnya 4 kesalahan,” kata Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Beliau menjawab bekas menteri undang-undang Datuk Seri Nazri Abdul Aziz yang berkata pendakwaraya hanya boleh bertindak terhadap ahli perniagaan itu, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, sekiranya beliau menyalahi undang-undang negara.

“Saya mahu tahu apakah kesalahan yang sudah beliau lakukan di Malaysia,” kata Nazri ketika ditanya mengenai pendirian kerajaan, yang mengatakan tiada kes terhadap Jho Low di Malaysia.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan mengapa seluruh dunia tahu mengenai Jho Low dan kesalahan yang didakwa dilakukan ahli perniagaan itu tetapi Malaysia pula tidak.

“Semua kesalahan ini, jika ada dilakukan, dilakukan di luar negara. Biar kerajaan berkenaan dan pihak berkuasa mereka ambil tindakan terhadap beliau,” kata Nazri kepada pemberita di Shah Alam.

Sri Ram berkata Jho Low sudah melakukan pecah amanah ke atas harta yang diamanahkan kepada beliau.

Kedua, Jho Low boleh didakwa kerena menipu, katanya.

“Beliau juga boleh berdepan pendakwaan kerana berkomplot untuk melakukan pecah amanah dan bersubahat dalam pecah amanah,” tambahnya.

Sri Ram tidak bersetuju dengan Nazri mengenai pendapat Jho Low tidak melakukan sebarang kesalahan dalam negara.

“Polis berhak memburu beliau sebagai seorang pelarian dari undang-undang dan bersetuju dengan tindakan yang diambil polis seperti yang didedahkan timbalan perdana menteri di Dewan Rakyat pada Selesa,” katanya.

Low, kedudukannya masih tidak diketahui, menafikn dakwaan yang dilemparkan terhadapnya berkaitan skandal 1MDB yang menyaksikan dana berbilion ringgit didakwa disalurkan oleh beberapa individu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.