HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Wanita, 60, didakwa di mahkamah atas kematian amah Indonesia

-

Anak perempuannya didakwa kerana menggajikan pembantu rumah yang tidak memiliki permit sah.

0
Shares
Total Views: 1
Ambika-MA-Shan
BUTTERWORTH: Seorang wanita berusia 60 tahun hari ini didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam atas dakwaan membunuh pembantu rumah warga Indonesia, Adelina Jerima Sau.

Ambika MA Shan dituduh membunuh wanita itu di sebuah rumah di Taman Kota Permai 2, Bukit Mertajam pada 4.00 petang, 10 Februari tahun ini.

Kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati.

Tiada rayuan dirakamkan dan tiada ikat jamin ditawarkan.

Majistret Muhamad Anas Mahadzir menetapkan 19 April untuk pendengaran sementara menunggu laporan ahli kimia dan forensik.

Sementara itu, anak perempuannya, Jayavartiny Rajamanickam, 36, minta dibicarakan apabila beliau didakwa kerena mengambil Adelina, yang tidak memiliki permit sah, bekerja di rumah yang sama, antara Mac 2017 dan 10 Februari tahun ini.

Kesalahan bawah Seksyen 55B(1) Akta Imigresen 1959/63 memperuntukkan hukuman penjara 12 bulan atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya.

Timbalan pendakwa raya Hamzah Azhan meminta ikat jamin ditetapkan pada RM20,000.

Peguam Muhaimin Hashim yang tampil mewakili tertuduh meminta ikat jamin direndahkan atas sebab-sebab peribadi.

Majistret menetapkan ikat jamin pada RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 April untuk pendengaran.

Adelina, yang didakwa didera majikannya, meninggal dunia akibat kecederaan di Hospital Bukit Mertajam pada 11 Februari.

Wanita berusia 21 tahun itu yang berasal dari Timor Tengah Selatan dipercayai bekerja di rumah jenis berkembar di Taman Kota Permai sejak 3 tahun lalu.

Seorang jiran dilaporkan ternampak kecederaan pada tangan dan kaki Adelina. Jiran juga dilaporkan ternampak Adelina tidur bersebelahan seekor anjing Rottweiler selama 2 bulan.

Dilaporkan pejabat Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven pada 10 Februari lalu pergi ke rumah itu di mana Adelina didakwa didera.

Pembantu Sim membuat laporan polis berkenaan dakwaan penderaan itu selepas majikan enggan bekerjasama.

Adelina kemudian di bawa ke balai polis oleh majikannya dan kemudian dimasukkan ke Hospital Bukit Mertajam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.