Aksi ganas di ulang tahun Umno ke-72

Aksi ganas di ulang tahun Umno ke-72

Kejadian tercetus apabila seorang AJK Umno Seputeh menyokong gesaan meminta pimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk.

KUALA LUMPUR:
Suasana tenang selepas majlis ulang tahun Umno ke-72 bertukar ganas apabila berlaku pertengkaran antara Pemuda Umno.

Ia tercetus apabila Ahli Jawatankuasa Umno Seputeh, Muhammad Takiuddin Halim berkata dia menyokong gesaan Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Razlan Rafii, dan meminta pimpinan tertinggi parti bertanggungjawab atas kekalahan teruk Barisan Nasional.

Kata-kata Takiuddin itu menyebabkan dia ditarik sekumpulan Pemuda Umno yang tidak bersetuju dengan desakan itu. Kumpulan itu mengejar Takiuddin hingga ke dalam perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Polis bantuan di PWTC terpaksa campur tangan bagi menenangkan keadaan, dan suasana kembali tenang selepas Taikuddin dibawa pergi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.