Rosmah akan disoal SPRM pada Selasa

Rosmah akan disoal SPRM pada Selasa

Sumber SPRM berkata sesi itu sebahagian daripada siasatan ke atas bekas anak syarikat 1MDB, SRC International.

Free Malaysia Today
Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri, akan disoal mengenai SRC International. (Gambar AFP)
PETALING JAYA:
Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada bekas perdana menteri, akan disoal oleh penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada Selasa.

Sesi itu sebahagian daripada siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd, bekas anak syarikat 1MDB, dan aliran wang sebanyak RM42 juta yang melalui satu akaun bank atas nama suaminya, Datuk Seri Najib Razak, pada 2012.

“Ya, dia diminta untuk ke ibu pejabat di Putrajaya pada 11.00 pagi Selasa,” kata sumber.

Najib disoal SPRM mengenai SRC International 2 minggu lalu. Dia kemudian disoal lagi oleh SPRM selama 7 jam 2 hari kemudian.

Najib pada 2016 menafikan sebarang salahlaku dan menafikan duit dimasukkan ke akaun banknya.

SRC International sekarang diletakkan secara terus bawah Menteri Kewangan (Diperbadankan), yang turut memiliki 1MDB, syarikat cetusan idea Najib semasa menjadi perdana menteri dan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.