
Hakim Datuk Ghazali Cha membenarkan rayuan Rafizi terhadap sabitannya di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, iaitu menghina dengan niat yang disengajakan untuk mencetuskan gangguan keamanan.
Mahkamah turut memerintahkan denda RM1,800 yang dibayar Rafizi sebelum ini dipulangkan kepada naib presiden PKR itu.
Ghazali berkata dakwaan ia bertujuan membangkitkan kemarahan ahli Umno tidak dapat dibuktikan.
“Pertuduhan gagal menyatakan bagaimana tertuduh mengganggu keamanan melalui wawancaranya,” katanya.
Menurutnya, tindakan ahli Umno Selangor membuat laporan polis terhadap Rafizi juga tidak menunjukkan ia mengganggu ketenteraman awam.
Di luar mahkamah, Rafizi berkata beliau bersyukur dengan keputusan hari ini.
“Mahkamah telah menjelaskan dan memberikan panduan kepada ahli politik yang mengeluarkan kenyataan politik, yang mereka tidak boleh didakwa atas kenyataan politik,” katanya.

Beliau mendakwa Umno adalah dalang di sebalik serangan agama di Selangor pada 2014.
Kenyataannya dalam artikel bertajuk “Analyst: Will Rafizi quit if Selangor not toppled?” itu disiarkan fz.com dan The Edge Financial Daily.
Rafizi turut berdepan 1 lagi dakwaan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 kerana mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan skandal NFC.
Beliau tidak boleh bertanding pada pilihan raya umum ke-14 jika gagal mengetepikan sabitan OSA dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.
Berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen boleh dilucutkan kelayakan jika dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000 oleh mahkamah.
Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram