HomeNewsBeritaBusinessLifestyleOpinionWorldSportsPropertyEducationCarzillaGalleryVideosAccelerator

Lelaki ditinggalkan semasa bayi 10 hari cari ibu bapa kandung

-

Zainuddin yang ditinggalkan pada usia 10 hari diambil sebagai anak angkat sejak usia 9 bulan dan keluarga angkatnya berterus terang mengenai latar dirinya sejak tadika lagi.

0
Shares
Total Views: 1
Mohamad-Putera-Zainuddin-bayi-yang-ditinggalkan-di-perhentian-bas-malaysia
fmt-ohsem-inside-article1Berapa kebarangkalian kita berjumpa dengan ahli keluarga, rakan atau kenalan yang hilang atau hilang perhubungan? Mungkin dengan adanya pelbagai platform digital, ia agak mudah. Apatah lagi jika kita boleh mengenang serba sedikit mengenai diri mereka.

Namun berbeza dengan lelaki muda ini kerana dia mencari ibu bapa kandung yang meninggalkannya di perhentian bas di Kampung Megat, Jalan Maran, dekat Tasik Paya Bungor, Kuantan pada 23 September 1996 ketika hanya berusia 10 hari.

Ya, lelaki bernama Mohamad Putera Zainuddin, 21 yang kini sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang Diploma Pembantu Perubatan di kolej di Seremban, Negeri Sembilan berkata walaupun dia dipelihara dengan baik oleh keluarga angkat, tetapi jauh di sudut hati dia mahu berjumpa dengan ibu bapa kandungnya.

Keluarga angkat Zainuddin mengambilnya sebagai anak angkat sejak usianya 9 bulan dan berterus terang mengenai latar dirinya sejak di tadika lagi.

Dia yang dibesarkan di Muar, Johor kembali ke Rumah Kanak-kanak Tengku Ampuan Fatimah, pusat yang menjaganya selepas dia ditemui di perhentian bas sehingga diambil sebagai anak angkat untuk mencari petunjuk mengenai ibu bapa kandungnya.

Kakitangan di rumah kanak-kanak itu menyerahkannya sebuah fail yang terkandung keratan akhbar mengenai dirinya yang dijumpai oleh seorang bidan kampung atau kini dikenali jururawat masyarakat ketika berusia 10 hari.

“Menistis air mata saya apabila mendapat tahu saya dijumpai di perhentian bas. Bagaimanapun, pasti ada sebab mengapa ibu bapa kandung saya buat begitu,” katanya seperti yang dipetik Harian Metro.

Berita mengenai Zainuddin viral di media sosial selepas dia berkongsi keratan akhbar memaparkan berita dia ditinggalkan di perhentian bas.

Dia berharap dapat berjumpa dengan ibu bapa kandung, atau sekurangnya bidan yang menjumpainya.

“Mereka (ibu bapa kandung) tinggalkan saya dengan keadaan baik, lengkap berselimut, sarung tangan serta sarung kaki bayi dan baju yang comel.

“Mesti mereka menantikan kelahiran saya dan pasti ada sebab mereka lakukan begitu,” katanya lagi kepada akhbar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.